Topping ialah kotak leper dan lebar yang dipasang diatas kotak haif (dimana brodcells diletakkan) atau dipasang pada log yang mempunyai koloni.
Topping berfungsi sebagai ruang pengumpulan madu sahaja. Kotak jenis ini direka leper untuk memudahkan pengumpulan madu. Biasanya 1 hingga 2 lapisan kantung madu akan terbentuk
Kotak tidak boleh bina terlalu nipis kerana bahagian atas kantong madu akan melekat pada penutup. Jika ini akan berlaku, kantung madu akan pecah apabila kita membuka kotak untuk membuat pemerhatian atau ketika ingin menuai madu. Saiz yang disyorkan adalah seperti berikut:
· Untuk G. thoracica - 16" x 16" x 8" (ukuran dalam)
· Untuk H. itama - 12" x 12" x 4" (ukuran dalam)
Catatan : Dalam keadaan dimana koloni didapati berkembang dengan cepat, ketinggian kotak topping boleh ditambah dengan membuat satu lagi lapisan dengan ukuran yang sama dan letak diatas yang asal.
No comments:
Post a Comment