Thursday, October 29, 2015

Madu Lebah Kelulut


Ya, Kelulut adalah sejenis lebah. Ia merupakan spesies lebah yang tidak menyengat, kalau kena sengat pun, lagi bisa kena gigit lintah ... hehehe...  

Ia merupakan sejenis lebah kecil yang tidak menyengat. Maka, nak kendalikan lebah Kelulut tidak sukar. Seperti spesies lebah yang lain, ia juga menghasilkan madu.
Madu Lebah Kelulut
Lebah Kelulut mudah nak ternak. Tak macam madu lebah dari pokok Tualang yang datangnya dari lebah hutan yang memang suka nak menyengat jika sarangnya dikacau. Itu sebab ia buat sarang nuuunnn jauh kat puncak pokok Tualang. Cuma satu je kekurangan Kelulut, ia tidak boleh nak hasilkan madu dalam volume yang banyak. Jadi, nak dapatkan madunya memang makan masa jugalah, hatta untuk yang menternaknya secara komersil. Lagi satu ... sebab cara ia buat sarang ...

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia. Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi. Dan didapati 35 spesies ini telah dikenal-pasti terdapat di Malaysia!

Selain Malaysia, negara lain yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies) serta Taiwan (1 spesies).

Madu Lebah Kelulut

Cara Kelulut Buat Sarang

Tak ramai yang ternak lebah madu Kelulut ni. Salah satu sebabnya ialah kerana cara ia membuat sarang. Kelulut ni suka buat sarang dalam tanahlah, celah kayulah, celah batulah .... tak macam lebah madu biasa yang mudah nak nampak dan peroleh.

Tetapi, saya difahamkan pihak Mardi ada teknik dan cara mudah nak ternak lebah madu Kelulut ni. Bab ni, anda kena tanya pada orang Mardi. Mungkin mereka boleh bantu sesiapa yang berminat nak ternah lebah madu Kelulut.

Err .. bagaimana khasiat madu lebah Kelulut ni? Ada kajian kata ianya lebih baik sebab ada kandungan yang dinamakan asid fenolik yang pelbagai. Kandungan bahan tersebut didapati berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Kelulut
Ok. Sekarang anda dah tahu serba sedikit mengenai madu lebah Kelulut. Lepas ni tak adalah nganga sangat ..manalah tahu kot2 ada yang yang kelentong cerita pasal madu lebah ... hoho.

No comments:

Post a Comment