Madu kelulut mempunyai sifat berlainan daripada madu lebah biasa. Secara fizikal, kelikatannya lebih rendah (cair) dan warnanya lebih jernih. Rasanya pula sedikit masam. Madu kelulut juga mempunyai kandungan nutrien berlainan. Ia mengandungi 7 jenis asid fenolik yang berbeza fungsi.
Umumnya, asid fenolik merupakan bahan asas yang terdapat dalam tumbuhan. Ia wujud dalam 2 bentuk iaitu sama ada terikat atau bebas. Kuantiti asid fenolik terikat dalam tumbuhan lebih tinggi daripada yang bebas. Asid fenolik bebas mempunyai kelebihan kerana ia mudah diserap ke dalam tubuh. Ia juga bertindak sebagai anti kanser, anti tumor dan anti asma.
Kompaun asid ini juga mempunyai ciri-ciri antioksidan yang tinggi. Ia bukan sahaja membantu mengurang risiko terjadi kanser perut malah merencat perkembangan kanser besar melalui aktiviti anti radang. Selain itu, ia juga berkesan dalam pengurangan paras kolesterol dan trigliserid dalam tubuh.
Kesimpulannya, madu kelulut jelas mempunyai kandungan nutrien yang sangat baik untuk kesihatan manusia.
Sumber daripada artikel 'free phenolic acids in kelulut honey' yang diterbitkan oleh MARDI
No comments:
Post a Comment