Friday, October 23, 2015

Kelebihan madu kelulut


Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.

Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.

Khasiat madu kelulut dikatakan dapat mening­katkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman.

Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan kerada­ngan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.


KELULUT menghasilkan tiga jenis madu iaitu madu (kiri), propolis dan pollen.




Propolis terbukti berkesan mengatasi tuberculosis (TB) yang meletakkan Malaysia antara negara dengan jumlah pengidap terbanyak di dunia. Seorang pengkaji daripada universiti tempatan membuktikan propolis dan madu lebah membantu menyekat kerosakan jaring paru pada tikus yang dijangkiti Mycobacterium tuberculosis iaitu bakteria penyebab penyakit TB.

Dari 100 ekor tikus yang dijangkiti Mycobacterium tuberculosis, tikus yang diberi kombinasi Isoniasid – ubat antituberculosis 25 mg/kg berat badan dan propolis menunjukkan peningkatan kadar interferon y, yang berperanan mengaktifkan sel makrofag yang membunuh bakteri TB. Tikus yang hanya diberi Isoniasid mengalami peningkatan kerosakan paru-paru dari minggu ke-5 hingga ke-12. Sementara keadaan paru-paru tikus yang diberi Isoniasid dan propolis dengan kadar 800 mg pada minggu ke-12 sama seperti pada minggu ke-5.

Maknanya propolis tidak berfungsi untuk terus membunuh kuman TB, tetapi meningkatkan kekebalan tubuh pesakit sehingga kerosakan jaringan dapat disekat. Ubat biasa berfungsi secara langsung menyerang bakteria TB. Kombinasi ubat biasa dan propolis dapat mematikan bakteria TB, sekaligus mengurangkan kerosakan paru-paru akibat serangan bakteria.

Khasiat lain propolis yang sudah banyak dibuktikan melalui kajian iaitu kesan antimikroorganismanya. Ujian yang dilakukan pada tahun 2001 menunjukkan propolis mampu membunuh 26 bakteria Staphylococcus aureus penyebab jangkitan pada kulit dan saluran pernafasan serta Escherichia coli yang sering menjangkiti saluran pencernaan. 

Wallahua'lam.


No comments:

Post a Comment