Saturday, October 3, 2015
Kelulut Adalah Lebah
Oleh: M.Rizal
Cerita tentang kelulut (Trigona spp.) telah saya ketahui sejak kecil lagi tetapi baru-baru ini sahaja saya mengetahui bahawa ianya adalah lebah. Tetapi uniknya kelulut ia adalah spesis lebah yang tidak mempunyai sengat berbanding lebah biasa yang berbisa dan agresif.
Ingat lagi ketika di dusun durian di mana terdapat banyaknya kelulut berterbangan di longgokan kulit durian. Ada juga yang berlegar-legar di sekeliling muka sehingga ada yang termasuk ke dalam kelopak mata. Memang geram dan amat merimaskan.
Kelulut sebenarnya seperti lebah-lebah lain juga berkeupayaan menghasilkan madu dan boleh diternak. Madu kelulut hampir sama dengan madu lebah biasa tetapi rasa masamnya lebih kuat.
Kesukaran mendapatkan madu kelulut dipasaran adalah disebabkan lebah kelulut hanya mampu menghasilkan sedikit madu sahaja.
Ditambah pula tidak ramai pengusaha yang menternak lebah kelulut untuk tujuan komersil. Kelulut biasanya bersarang di dalam batang pokok atau lubang-lubang kayu dan di dalam tanah. Mereka akan membina satu corong sebagai laluan keluar masuk manakala madu yang telah dihasilkan akan disimpan di dalam kantung khas yang dibina di dalam sarang.
Ada sestengah pihak mendakwa madu lebah kelulut lebih ampuh kesannya berbanding madu lebah biasa yang ada di pasaran. Mungkin mereka yang telah mengamalkannya dapat memastikan kesahihan dakwaan tersebut. Saya pun hanya sempat merasanya sekali sahaja. Harganya pun sangat mahal iaitu mencecah RM90/kg.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment