Soalan : Apa beza madu lebah dan madu kelulut.
Jawapan :
Kelulut adalah satu jenis lebah yang paling kecil dan bersarang di batang batang pokok seperti pokok rambutan serta terbang rendah serta tiada sengat. Bahasa Inggeris bagi kelulut adalah Stingless Bee.
Saiz kelulut yang kecil membolehkan kelulut menyedut nektar bunga dengan dengan kedalaman yang lebih jauh dari lebah madu. Info dari mardi mengatakan madu kelulut mempunyai madu dan propolis yang lebih baik dari lebah madu. Saiz kelulut yang kecil dan hasilan madu yang sedikit menyebabkan harga Madu Kelulut Asli 100% adalah lebih mahal dari madu lebah.
Manakala lebah pula dikenali sebagai Honey Bee dalam Bahasa Inggeris. Lebah bersarang di dahan dahan pokok dan terbang lebih tinggi dari kelulut. Umum mengetahui bahawa lebah boleh menyengat dan sengatan yg banyak boleh mengakibatkan maut, inilah risiko yang ditanggung oleh pencari lebah tualang dan lebah rimba. Maka tidak hairanlah mengapa Madu Asli 100% adalah mahal.
Jika ditanya yang mana mempunyai khasiat yg baik. Admin akan mengatakan semua "madu tempatan" mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan bagi "penduduk tempatan" sepertimana penjelasan Allah di dalam Al Quran Surah An-Nahl. Namun kajian mardi menyatakan madu kelulut mempunyai khasiat yg tinggi dari madu tualang.
No comments:
Post a Comment