Friday, October 9, 2015

Realiti Madu Tiruan di Malaysia


Fenomena madu tiruan di pasaran Malaysia hari ini cukup membimbangkan. Ini jelas digambarkan melalui statistik kajian kandungan madu lebah tempatan mendapati hanya 23% sahaja madu di pasaran adalah madu ASLI, selebihnya (77%) adalah madu TIRUAN (campuran atau sintetik).

Definisi MADU CAMPURAN adalah madu lebah yang dihasilkan melalui kaedah campuran madu asli dengan sirap sukrosa pekat dalam kuantiti tertentu. Ia juga boleh terjadi apabila lebah ternakan diberi makanan dalam bentuk larutan sukrosa menyebabkan perubahan kandungan asal madu itu. Madu campuran biasanya mengandungi kandungan sukrosa tinggi iaitu >5%.

MADU SINTETIK pula adalah madu lebah yang dihasilkan melalui kaedah sintesis di mana sirap berfruktosa tinggi menjalani tindak balas kimia bersama asid pekat untuk menghasilkan cecair likat seperti madu. Madu ini boleh diklasifikasikan sebagai MADU BERACUN jika ia mempunyai nilai kandungan hidroksimetilfurfuraldehid (HMF) yang tinggi iaitu >80mg/kg kerana ianya toksik kepada badan.

Kesimpulannya, madu tiruan sama ada madu campuran atau sintetik sedang memonopoli pasaran madu di negara kita. Jika situasi ini berlarutan, ia boleh mengundang kemudaratan kepada masyarakat kerana madu tiruan/campuran berbahaya kepada kesihatan diri.

Sumber rujukan adalah melalui artikel Fenomena Madu Tiruan (Sintetik dan Campuran)

No comments:

Post a Comment