Thursday, October 29, 2015

Madu Lebah Kelulut


Ya, Kelulut adalah sejenis lebah. Ia merupakan spesies lebah yang tidak menyengat, kalau kena sengat pun, lagi bisa kena gigit lintah ... hehehe...  

Ia merupakan sejenis lebah kecil yang tidak menyengat. Maka, nak kendalikan lebah Kelulut tidak sukar. Seperti spesies lebah yang lain, ia juga menghasilkan madu.
Madu Lebah Kelulut
Lebah Kelulut mudah nak ternak. Tak macam madu lebah dari pokok Tualang yang datangnya dari lebah hutan yang memang suka nak menyengat jika sarangnya dikacau. Itu sebab ia buat sarang nuuunnn jauh kat puncak pokok Tualang. Cuma satu je kekurangan Kelulut, ia tidak boleh nak hasilkan madu dalam volume yang banyak. Jadi, nak dapatkan madunya memang makan masa jugalah, hatta untuk yang menternaknya secara komersil. Lagi satu ... sebab cara ia buat sarang ...

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia. Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi. Dan didapati 35 spesies ini telah dikenal-pasti terdapat di Malaysia!

Selain Malaysia, negara lain yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies) serta Taiwan (1 spesies).

Madu Lebah Kelulut

Cara Kelulut Buat Sarang

Tak ramai yang ternak lebah madu Kelulut ni. Salah satu sebabnya ialah kerana cara ia membuat sarang. Kelulut ni suka buat sarang dalam tanahlah, celah kayulah, celah batulah .... tak macam lebah madu biasa yang mudah nak nampak dan peroleh.

Tetapi, saya difahamkan pihak Mardi ada teknik dan cara mudah nak ternak lebah madu Kelulut ni. Bab ni, anda kena tanya pada orang Mardi. Mungkin mereka boleh bantu sesiapa yang berminat nak ternah lebah madu Kelulut.

Err .. bagaimana khasiat madu lebah Kelulut ni? Ada kajian kata ianya lebih baik sebab ada kandungan yang dinamakan asid fenolik yang pelbagai. Kandungan bahan tersebut didapati berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Kelulut
Ok. Sekarang anda dah tahu serba sedikit mengenai madu lebah Kelulut. Lepas ni tak adalah nganga sangat ..manalah tahu kot2 ada yang yang kelentong cerita pasal madu lebah ... hoho.

Saturday, October 24, 2015

Kenapa kelulut jadi pilihan










KHASIAT MADU LEBAH ?
YANG JARANG DIKETAHUI...

Digunakan sebagai ubat sakit perut
> Menghilangkan ketagihan dadah
> Menghilangkan kahak
> Memutih dan menguatkan gigi
> Menghilangkan kesan terbakar pada kulit
> Menguatkan badan bagi yang berumur

Lawatan ke Trigona Power Farm




Assalam.

Pagi ni saya sempat berkunjung ke ladang kelulut Trigona Power Farm di Masai dan belajar ilmu menternak kelulut daripada Tuan Nizam Power.

Cara saya, dapatkan sebanyak mungkin info daripada pengusaha di lapangan dan barulah tentukan langkah seterusnya.

Terima kasih di atas perkongsian ilmu dan semoga bisnes tuan lebih sukses pada masa hadapan dan dikurnikan rezeki yang melimpah-ruah. Aamiin.








Landmark untuk sampai ke sini ialah jeti Kong Kong, Masai / Pusat Informasi Kong Kong dan sekiranya anda juga berminat untuk belajar tentang penternakan lebah kelulut daripada tuan Nizam Power, boleh hubungi beliau di 013-6163163.

Friday, October 23, 2015

Kelebihan madu kelulut


Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.

Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.

Khasiat madu kelulut dikatakan dapat mening­katkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman.

Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan kerada­ngan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.


KELULUT menghasilkan tiga jenis madu iaitu madu (kiri), propolis dan pollen.




Propolis terbukti berkesan mengatasi tuberculosis (TB) yang meletakkan Malaysia antara negara dengan jumlah pengidap terbanyak di dunia. Seorang pengkaji daripada universiti tempatan membuktikan propolis dan madu lebah membantu menyekat kerosakan jaring paru pada tikus yang dijangkiti Mycobacterium tuberculosis iaitu bakteria penyebab penyakit TB.

Dari 100 ekor tikus yang dijangkiti Mycobacterium tuberculosis, tikus yang diberi kombinasi Isoniasid – ubat antituberculosis 25 mg/kg berat badan dan propolis menunjukkan peningkatan kadar interferon y, yang berperanan mengaktifkan sel makrofag yang membunuh bakteri TB. Tikus yang hanya diberi Isoniasid mengalami peningkatan kerosakan paru-paru dari minggu ke-5 hingga ke-12. Sementara keadaan paru-paru tikus yang diberi Isoniasid dan propolis dengan kadar 800 mg pada minggu ke-12 sama seperti pada minggu ke-5.

Maknanya propolis tidak berfungsi untuk terus membunuh kuman TB, tetapi meningkatkan kekebalan tubuh pesakit sehingga kerosakan jaringan dapat disekat. Ubat biasa berfungsi secara langsung menyerang bakteria TB. Kombinasi ubat biasa dan propolis dapat mematikan bakteria TB, sekaligus mengurangkan kerosakan paru-paru akibat serangan bakteria.

Khasiat lain propolis yang sudah banyak dibuktikan melalui kajian iaitu kesan antimikroorganismanya. Ujian yang dilakukan pada tahun 2001 menunjukkan propolis mampu membunuh 26 bakteria Staphylococcus aureus penyebab jangkitan pada kulit dan saluran pernafasan serta Escherichia coli yang sering menjangkiti saluran pencernaan. 

Wallahua'lam.


Khasiat Madu Kelulut



Madu Kelulut berasal daripada sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan. Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan.

InsyaALLAH, sangat berkesan dan mujarab untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit, diantaranya, Kencing Manis, Strok, Hepatitis Hati, Kanser, Darah Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong dan lain-lain.

Propolis Kelulut terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah kelulut dari pohon yang mengandungi getah dan memprosesnya sehingga membentuk propolis yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. 

Propolis berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang.
InsyaALLAH, mampu merawat ulser, mencuci buah pinggang, menambah tenaga batin serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser.

Thursday, October 22, 2015

Kajian saintifik lebah



Kajian Saintifik: Dari Perut Lebah itu Keluar Minuman yang Bermacam-macam warnanya:

Dari ilustrasi anatomi lebah di atas, kita dapat mengetahui bahwa meskipun madu dikeluarkan dari perut lebah (Dalam Al Quran disebutkan dalam surah An Nahl ayat 69: "... dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya..."), namun ternyata madu ditempatkan di tempat khusus dalam perut lebah yang disebut perut madu (honey stomach, honey sac atau crop) yang terpisah dari perut besar lebah (large intestine atau stomach).  

Di dalam perut madu tersebutlah proses penguraian gula komplek diubah menjadi gula sederhana atau mono sakarida.  Sering terjadi ketidakfahaman di masyarakat seolah madu adalah kotoran lebah kerana berasal dari perut lebah.  Madu bukanlah kotoran lebah meskipun dalam prosesnya melalui perut lebah. 

Honey sac yang berada di perut lebah sebenarnya lebih merupakan tempat penyimpanan khusus untuk madu selama perjalanan lebah pekerja dari tempat pengambilan nectar sampai ke sarangnya.  

Selanjutnya nectar yang berupa gula komplek dalam bentuk sukrosa mengalami proses fizikal dan kimia sekaligus, meneruskan perjalanannya di perut lebah dan dilanjutkan ke sarang lebah.  Nectar yang diambil dari bunga-bunga tanaman mengandungi gula dan kadar air yang tinggi (sekitar 60%), untuk menjadi madu kadar air ini harus diturunkan secara signifikan menjadi sekitar 20-30%.  

Proses penurunan kadar air ini mulai terjadi pada saat lebah menjulurkan lidahnya (proboscis) untuk memindahkan madu sedikit demi sedikit dari dalam perut madu (honey sac) ke sarang lebah.  Di dalam sarang lebah kadar air terus diturunkan lebih lanjut dengan laju penurunan yang lebih tinggi melalui kipasan sayap-sayap lebah yang terus menerus mengawal hawa/suhu hangat di seluruh ruangan dalam sarang lebah.



Proses kimia dari nectar menjadi madu terjadi di dalam perut lebah ketika enzym invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa...

Kursus Lebah Kelulut - Perbincangan dan Soal Jawab

Kursus Lebah Kelulut - Khasiat Roti Lebah dan Madu Lebah

Kursus Lebah Kelulut - Jarak foraging Trigona itama

Kursus Lebah Kelulut - Praktikal Penuaian Madu Kelulut

Kursus Lebah Kelulut - Penuaian Propolis

Kursus Lebah Kelulut - Praktikal Topping Batang Kayu

Kursus Lebah Kelulut - Praktikal Pemindahan Koloni Kumpulan 2

Kursus Lebah Kelulut - Praktikal Pemindahan Koloni Kumpulan 1

Kursus Lebah Kelulut - Pembuatan Topping pada Koloni Batang Kayu

Kursus Lebah Kelulut - Pemindahan Koloni

Kursus Lebah Kelulut - Kaedah Pembinaan Kotak Haif

Kursus Lebah Kelulut - Pengenalan Koloni Lebah Kelulut di Ladang

Kursus Lebah Kelulut - Memburu Koloni Liar Lebah Kelulut

Madu & Propolis dari Kelulut

Madu kelulut banyak khasiat

Perusahaan madu kelulut jana pendapatan

Tuesday, October 20, 2015

Bagaimana nak mula menternak KELULUT



Kursus Ternakan Kelulut semakin menjadi ikutan di setiap negeri di dalam malaysia. 
.

Mengapa perlu ILMU  dalam Penternakan KELULUT  ?




1. Jenis - Jenis Lebah Kelulut
2. Jenis Lebah Kelulut yang Popular diternak di rumah , kebun dan ladang buah-buahan 
3. Jenis Makanan yang perlu ada untuk lebah kelulut
4. Kawalan Perosak Lebah Kelulut yang perlu dibasmi 
5. Lebih lagi .... 

Kursus yang WAJIB diikuti 

1. BeeScape Meliponini  ( Kenali jenis lebah kelulut ) 
2. Kursus Ternakan Lebah Kelulut 
3. Kursus Produk Hiliran  
4. Kursus Pengurusan ladang Komirsel 

Berhubung terus ke Group berkaitan lebah Kelulut . 

Monday, October 19, 2015

Pengenalan Lebah Kelulut

,
 .
LEBAH KELULUT

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia.


Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika. Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. 

Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa. Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-­‐hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.




HABITAT

Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. 

Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau sarang burung kakak tua. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-­‐anai. 

Kebanyakan spesis mempunyai tempat-­‐tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian. Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. 

Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir). 


Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh. 

Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.

Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. 

Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.

Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur. Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur.

Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun. 

Secara ringkas, jantina untuk setiap lebah bergantung kepada nombor kromosom yang ia terima. Lebah betina mempunyai dua set kromosom (diploid—satu set daripada ratu) dan satu lagi daripada lebah jantan atau dron. Dron hanya mempunyai satu set kromosom (haploid).

Dalam sistem lebah madu, lebah betina mungkin menjadi lebah pekerja atau ratu bergantung kepada makanan apa yang ia terima semasa di peringkat larva (ratu diberi makan jeli raja dan lebah pekerja diberi makan debunga). 

Sistem kasta dalam kelulut berbeza, dan biasanya berdasarkan jumlah debunga yang dimakan. Namun demikian, terdapat juga komponen genetik sehingga 25% (lazimnya 5-­‐14%) eraman betina mungkin menjadi ratu. 

Sel ratu boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel biasa. Sel tersebut dipenuhi stok dengan debunga. Apabila ratu baharu menetas, lazimnya ia akan meninggalkan sarang untuk mengawan tetapi kebanyakannya mati.



KHASIAT

Madu Kelulut berasal daripada sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk memulihkan pelbagai penyakitkronik termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan. 

Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan. InsyaALLAH, sangat berkesan dan mujarab untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit, diantaranya, Kencing Manis, Strok, Hepatitis Hati, Kanser, Darah Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong dan lain-lain. 

Propolis Kelulut terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah kelulut dari pohon yang mengandungi getah dan memprosesnya sehingga membentuk propolis yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut.

Propolis berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang. InsyaALLAH, mampu merawat ulser, mencuci buah pinggang, menambah tenaga batin serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser.

Tentang Lebah Kelulut


Apa itu kelulut dan madunya?

Kelulut merupakan serangga ciptaan Allah swt yang sangat menarik.

Sejenis lebah yang tidak mempunyai sengat, jinak dan tidak merbahaya untuk didekati.

Lebah kelulut bekerja dan menghasilkan madu, propolis dan 'beebread' sama seperti lebah apis. Malah madu lebah kelulut dikatakan lebih baik dari segi kandungan nutrisinya berbanding madu lebah apis.

Sarang kelulut pada tunggul kayu

Saiz serangga ini yang lebih kecil membolehkannya meneroka dan mengumpulkan madu dari bahagian bunga yang lebih dalam berbanding lebah apis serta mengumpulkan madu daripada bunga-bungaan yang lebih kecil. 

Perkara ini menjadikan lebah kelulut sebagai agen pendebungaan yang sangat hebat berbanding serangga yang lain.

Kegemaran kelulut: Bunga Balung Ayam

Kegemaran kelulut: bunga Akar Dani

Kegemaran kelulut: Bunga Markisa

Sementelahan lagi serangga ini sememangnya menjadikan debunga sebagai makanannya dan disimpan didalam kantung propolis. 

Sekumpulan debunga yang dikumpulkan oleh kelulut atau 'beebread' ini dan juga propolis kelulut dikatakan kaya dengan bahan aktioksidan termasuk flavonoids serta berupaya mengubati pelbagai jenis penyakit termasuk merencatkan perebakan sel-sel kanser.

Propolis (hitam) dan 'beebread' (kuning) daripada sarang kelulut jenis h.Itama.

Madu muda yang dihasilkan kelulut mempunyai warna, rasa dan bau yang pelbagai.

Manis, masam, pahit serta bau yang berbeza bergantung kepada jenis nektar yang dikumpulkan oleh kelulut samada daripada madu bunga, jus buah atau nektar yang dihasilkan oleh pucuk muda sesetengah jenis tumbuhan seperti Akasia.
.
Lama-kelamaan rasa madu kelulut menjadi kemasaman dan warnanya juga berubah menjadi lebih gelap akibat proses fermentasi oleh yis yang secara semulajadinya terkandung didalam madu.
.
Madu yang ingin dikomersialkan perlu dinyah air sehingga kandungan lembapan dalam madu tersebut kurang daripada 20% bagi mengurangkan kadar fermentasi tersebut. Ini membolehkan madu dibotolkan dan disimpan dengan lebih lama.

Sunday, October 18, 2015

Khasiat madu lebah kelulut

Ramai yang menganggap lebah kelulut tidak mampu mengeluarkan madu dengan banyak menerusi kaedah penternakan biasa.
Bagaimanapun, teknologi penternakan lebah kelulut yang diperkenalkan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) berjaya meningkatkan pengeluaran madu spesies lebah tersebut.
Kelulut merupakan antara spesies lebah yang tidak menyengat, menjadikan serangga tersebut mudah dikendalikan berbanding lebah madu biasa.
Hal demikian turut diakui pengusaha madu kelulut, Trigona Bee, Norlezah Baharom yang berjaya menternak lebah kelulut untuk mendapatkan madu serta propolis serangga tersebut.
Jelasnya, madu serta propolis lebah kelulut memiliki khasiat yang lebih baik berbanding lebah biasa.
"Sebelum ini saya mengusahakan ternakan lebah madu, namun setelah mendapati khasiat madu kelulut lebih baik maka saya bertukar kepada penternakan lebah jenis ini.
"Hasil daripada kerjasama, teknologi serta khidmat nasihat MARDI saya mampu memperolehi hampir dua kilogram (kg) madu daripada satu-satu koloni lebah kelulut," katanya.
Ujar Norlezah, jika menggunakan kaedah biasa adalah amat sukar untuk memperolehi madu kelulut sebanyak itu.
Norlezah mula berjinak-jinak dengan perusahaan madu kelulut hanyalah sebagai hobi. Namun setelah menerima permintaan yang tinggi dari kalangan ahli keluarga serta rakan-rakan akhirnya beliau mula mengusahakan madu lebah kelulut dengan lebih serius.
Berbekalkan pengalaman menternak lebah madu juga sebagai hobi sejak tahun 1997, akhirnya pada tahun 2005 Norlezah mendaftarkan perniagaannya menerusi bantuan serta khidmat nasihat MARDI.
Kini, permintaan madu lebah kelulut yang diternak olehnya mampu mencecah 100 botol sebulan menjadikan Norlezah tidak 'menang tangan'.
Bercerita mengenai lebah kelulut, katanya menerusi maklumat yang diperoleh daripada MARDI, sehingga kini hampir 33 spesies serangga tersebut telah dikenal pasti terdapat di Malaysia.
Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia.
Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi.
Antara negara yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies), Taiwan (1 spesies) dan di Malaysia.
Lebah kelulut memiliki koloni yang besar dengan organisasi sosial yang sangat kompleks berbanding dengan lebah madu.
Senibina sarang lebah kelulut juga berbeza-beza mengikut spesies tertentu di mana ada sesetengahnya suka bersarang di dalam tanah, di dalam kayu sehinggalah di celah-celah belahan batu.
Sikap tersebut menunjukkan bahawa lebah kelulut memiliki perilaku yang kompleks menjadikan serangga tersebut sukar untuk diternak.
Malah, artikel ilmiah mahupun kajian mengenai lebah kelulut jarang ditemui kerana masih ramai yang tidak berminat untuk mengkajinya.
Kajian MARDI juga menunjukkan madu lebah kelulut mengandungi pelbagai jenis asid fenolik yang berguna untuk manusia.
Asid p-coumaric sebagai contoh mengandungi bahan antioksidan yang tertinggi dan dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser perut dengan mengurangkan pembentukan bahan nitrosamin (karsinogen) diikuti asid protokatechuik dan asid vanilik.
Manakala asid fenilpropionik, sejenis bahan utama madu kelulut juga dikatakan mampu mengurangkan enzim cyclooxygenase-2 (COX-2) yang menyebabkan pembentukan radang semasa perkembangan kanser usus besar.
Bahan tersebut juga berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.
Jelas Norlezah, kesedaran masyarakat mengenai kebaikan madu kelulut telah menyebabkan permintaan terhadapnya meningkat naik.
"Jika di peringkat awal masyarakat masih kurang tertarik kerana produk ini juga kurang di pasaran.
"Kini, permintaan madu kelulut diterima dari seluruh negara malah tidak ketinggalan pengguna dari luar negara seperti Timur Tengah," katanya.
Selain menghasilkan madu, lebah kelulut juga turut digunakan untuk meningkatkan hasil produk pertanian berasaskan buah kerana lebah kelulut merupakan agen pendebungaan utama kepada tumbuh-tumbuhan.


Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Agrobiz/20130701/ag_03/Khasiat-madu-lebah-kelulut#ixzz3oyfU99xn 
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Friday, October 16, 2015

Kebaikan Madu Lebah Kelulut


Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia.”

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.”

Madu berasal daripada sari bunga dan menjadi ubat bagi pelbagai penyakit manusia. Khasiat madu sebagaimana disampaikan al-Quran telah dibuktikan secara ilmiah oleh pakar perubatan.


Khasiat madu kelulut termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman.

“Sama seperti lebah madu, kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi. 


“Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa dan warnanya lebih cerah,” 

“Madu kelulut lebih mahal dibandingkan dengan madu lebah biasa kerana kurang di pasaran.” – Pegawai Penyelidik, Pusat Penyelidikan Strategik MARDI, Mohd Fahimee Jaafar

Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah Diabetis mellitus (kencing manis), Strok, Hepatitis (Hati), Kanser, Hipentensi (Darah Tinggi) dan Batu Karang.

“Hasil penyelidikan itu memberi nilai tambah kepada madu tempatan menyebabkan permintaan melebihi bekalan. Ini kerana, madu lebah diketahui mengandungi bahan anti-oksidan yang tinggi dan ia amat baik untuk kesihatan,” – Pengarah Kampus Kesihatan USM, Prof. Datuk Dr. Mafauzy Mohamed. Utusan Malaysia, 9 Jun 2011

Kajian telah dilakukan di Mardi menunjukkan madu kelulut mempunyai nilai dalam perubatan tertentu. Kajian awal yang dilakukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, Mardi menunjukkan asid fenilpropanaoik, asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetikadalah di antara bahan utama yang telah berjaya dikenalpasti dalam madu kelulut. 


Bahan-bahan ini tergolong dalam kumpulan asid fenolik bebas dan kehadirannya dalam madu kelulut memberikan jumlah keseluruhan sebanyak g/g berat kering.

Asid fenolik bebas merupakan bahan aktif yangm300 boleh bertindak sebagai antikanser dan antioksidan dan bahan ini lebih mudah untuk diserap dalam tubuh manusia berbanding bahan aktif lain seperti flavonoid.

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) juga telah merekodkan bahawa madu mempunyai khasiat dari segi perubatan. Kajian makmal telah dilakukan ke atas tikus yang telah disuntik dengan diabetes menunjukkan madu berupaya menurunkan glukosa selain daripada itu ia mampu mengurangkan kerosakan fungsi ginjal dan dapat mengurangkan stress aksidatif. 


Selain itu kajian pada tikus yang telah di buang ovari untuk kajian menapous menunjukkan madu mengurangkan atrofi pada uterus dan vagina serta meningkatkan ketebalan trabekular tulang yang mana bermakna ia membantu manguatkan tulang melalui penyerapan kalsium.