Thursday, October 29, 2015

Madu Lebah Kelulut


Ya, Kelulut adalah sejenis lebah. Ia merupakan spesies lebah yang tidak menyengat, kalau kena sengat pun, lagi bisa kena gigit lintah ... hehehe...  

Ia merupakan sejenis lebah kecil yang tidak menyengat. Maka, nak kendalikan lebah Kelulut tidak sukar. Seperti spesies lebah yang lain, ia juga menghasilkan madu.
Madu Lebah Kelulut
Lebah Kelulut mudah nak ternak. Tak macam madu lebah dari pokok Tualang yang datangnya dari lebah hutan yang memang suka nak menyengat jika sarangnya dikacau. Itu sebab ia buat sarang nuuunnn jauh kat puncak pokok Tualang. Cuma satu je kekurangan Kelulut, ia tidak boleh nak hasilkan madu dalam volume yang banyak. Jadi, nak dapatkan madunya memang makan masa jugalah, hatta untuk yang menternaknya secara komersil. Lagi satu ... sebab cara ia buat sarang ...

Lebah kelulut merupakan agen penting untuk proses pendebungaan di kawasan tropika, sub-tropika dan di bahagian-bahagian tertentu dunia. Menurut kajian yang dijalankan di seluruh dunia, terdapat hampir 150 spesies lebah kelulut antaranya Trigona scaptotrigona, Trigona laeviceps, Trigona apicalis, Trigona thorasica, Trigona itama dan pelbagai lagi. Dan didapati 35 spesies ini telah dikenal-pasti terdapat di Malaysia!

Selain Malaysia, negara lain yang dikenal pasti mempunyai lebah kelulut adalah Indonesia (37 spesies), Thailand (20 spesis), Myanmar (9 spesies), Vietnam (8 spesies), India (3 spesies) serta Taiwan (1 spesies).

Madu Lebah Kelulut

Cara Kelulut Buat Sarang

Tak ramai yang ternak lebah madu Kelulut ni. Salah satu sebabnya ialah kerana cara ia membuat sarang. Kelulut ni suka buat sarang dalam tanahlah, celah kayulah, celah batulah .... tak macam lebah madu biasa yang mudah nak nampak dan peroleh.

Tetapi, saya difahamkan pihak Mardi ada teknik dan cara mudah nak ternak lebah madu Kelulut ni. Bab ni, anda kena tanya pada orang Mardi. Mungkin mereka boleh bantu sesiapa yang berminat nak ternah lebah madu Kelulut.

Err .. bagaimana khasiat madu lebah Kelulut ni? Ada kajian kata ianya lebih baik sebab ada kandungan yang dinamakan asid fenolik yang pelbagai. Kandungan bahan tersebut didapati berkesan dalam menurunkan tahap kolestrol dalam plasma darah, hati juga mengurangkan trigliserida dalam darah.

Kelulut
Ok. Sekarang anda dah tahu serba sedikit mengenai madu lebah Kelulut. Lepas ni tak adalah nganga sangat ..manalah tahu kot2 ada yang yang kelentong cerita pasal madu lebah ... hoho.

Saturday, October 24, 2015

Kenapa kelulut jadi pilihan










KHASIAT MADU LEBAH ?
YANG JARANG DIKETAHUI...

Digunakan sebagai ubat sakit perut
> Menghilangkan ketagihan dadah
> Menghilangkan kahak
> Memutih dan menguatkan gigi
> Menghilangkan kesan terbakar pada kulit
> Menguatkan badan bagi yang berumur

Lawatan ke Trigona Power Farm




Assalam.

Pagi ni saya sempat berkunjung ke ladang kelulut Trigona Power Farm di Masai dan belajar ilmu menternak kelulut daripada Tuan Nizam Power.

Cara saya, dapatkan sebanyak mungkin info daripada pengusaha di lapangan dan barulah tentukan langkah seterusnya.

Terima kasih di atas perkongsian ilmu dan semoga bisnes tuan lebih sukses pada masa hadapan dan dikurnikan rezeki yang melimpah-ruah. Aamiin.








Landmark untuk sampai ke sini ialah jeti Kong Kong, Masai / Pusat Informasi Kong Kong dan sekiranya anda juga berminat untuk belajar tentang penternakan lebah kelulut daripada tuan Nizam Power, boleh hubungi beliau di 013-6163163.

Friday, October 23, 2015

Kelebihan madu kelulut


Tidak ramai menyedari, lebah kelulut mampu mendatangkan pendapatan lumayan walaupun serangga itu gemar menjadikan batang pokok sebagai habitat semula jadinya.

Kelulut sering disamakan dengan spesies penyengat tetapi ia mempunyai nilai tinggi dalam pengeluaran madu berkualiti yang kaya dengan antioksidan.

Khasiat madu kelulut dikatakan dapat mening­katkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, memberi tenaga kepada wanita yang baru bersalin dan membantu merawat kecederaan dalaman.

Madu kelulut juga memperlahankan pertumbuhan sel kanser, mengecutkan kerada­ngan dan meningkatkan daya imunisasi tubuh.


KELULUT menghasilkan tiga jenis madu iaitu madu (kiri), propolis dan pollen.




Propolis terbukti berkesan mengatasi tuberculosis (TB) yang meletakkan Malaysia antara negara dengan jumlah pengidap terbanyak di dunia. Seorang pengkaji daripada universiti tempatan membuktikan propolis dan madu lebah membantu menyekat kerosakan jaring paru pada tikus yang dijangkiti Mycobacterium tuberculosis iaitu bakteria penyebab penyakit TB.

Dari 100 ekor tikus yang dijangkiti Mycobacterium tuberculosis, tikus yang diberi kombinasi Isoniasid – ubat antituberculosis 25 mg/kg berat badan dan propolis menunjukkan peningkatan kadar interferon y, yang berperanan mengaktifkan sel makrofag yang membunuh bakteri TB. Tikus yang hanya diberi Isoniasid mengalami peningkatan kerosakan paru-paru dari minggu ke-5 hingga ke-12. Sementara keadaan paru-paru tikus yang diberi Isoniasid dan propolis dengan kadar 800 mg pada minggu ke-12 sama seperti pada minggu ke-5.

Maknanya propolis tidak berfungsi untuk terus membunuh kuman TB, tetapi meningkatkan kekebalan tubuh pesakit sehingga kerosakan jaringan dapat disekat. Ubat biasa berfungsi secara langsung menyerang bakteria TB. Kombinasi ubat biasa dan propolis dapat mematikan bakteria TB, sekaligus mengurangkan kerosakan paru-paru akibat serangan bakteria.

Khasiat lain propolis yang sudah banyak dibuktikan melalui kajian iaitu kesan antimikroorganismanya. Ujian yang dilakukan pada tahun 2001 menunjukkan propolis mampu membunuh 26 bakteria Staphylococcus aureus penyebab jangkitan pada kulit dan saluran pernafasan serta Escherichia coli yang sering menjangkiti saluran pencernaan. 

Wallahua'lam.


Khasiat Madu Kelulut



Madu Kelulut berasal daripada sari bunga yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan tinggi yang sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik termasuklah meningkatkan metabolisme badan, menambahkan tenaga batin, menjaga kecantikan, menguatkan wanita yang baru bersalin dan merawati kecederaan dalaman serta melambatkan penuaan. Rasanya sedikit masam manis buah serta mudah dimakan.

InsyaALLAH, sangat berkesan dan mujarab untuk mencegah, merawat dan menyembuhkan berbagai jenis penyakit, diantaranya, Kencing Manis, Strok, Hepatitis Hati, Kanser, Darah Tinggi, Batu Karang, Asma, Gout, Batuk, Selesema, Sakit Kerongkong dan lain-lain.

Propolis Kelulut terbentuk dari bahan resin yang diambil lebah kelulut dari pohon yang mengandungi getah dan memprosesnya sehingga membentuk propolis yang berwarna hitam, kuning atau coklat tua di sarang lebah kelulut. 

Propolis berfungsi sebagai antikulat, antifungus, antibakteria dan antiradang.
InsyaALLAH, mampu merawat ulser, mencuci buah pinggang, menambah tenaga batin serta berkesan untuk mencegah pembiakan sel kanser.

Thursday, October 22, 2015

Kajian saintifik lebah



Kajian Saintifik: Dari Perut Lebah itu Keluar Minuman yang Bermacam-macam warnanya:

Dari ilustrasi anatomi lebah di atas, kita dapat mengetahui bahwa meskipun madu dikeluarkan dari perut lebah (Dalam Al Quran disebutkan dalam surah An Nahl ayat 69: "... dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya..."), namun ternyata madu ditempatkan di tempat khusus dalam perut lebah yang disebut perut madu (honey stomach, honey sac atau crop) yang terpisah dari perut besar lebah (large intestine atau stomach).  

Di dalam perut madu tersebutlah proses penguraian gula komplek diubah menjadi gula sederhana atau mono sakarida.  Sering terjadi ketidakfahaman di masyarakat seolah madu adalah kotoran lebah kerana berasal dari perut lebah.  Madu bukanlah kotoran lebah meskipun dalam prosesnya melalui perut lebah. 

Honey sac yang berada di perut lebah sebenarnya lebih merupakan tempat penyimpanan khusus untuk madu selama perjalanan lebah pekerja dari tempat pengambilan nectar sampai ke sarangnya.  

Selanjutnya nectar yang berupa gula komplek dalam bentuk sukrosa mengalami proses fizikal dan kimia sekaligus, meneruskan perjalanannya di perut lebah dan dilanjutkan ke sarang lebah.  Nectar yang diambil dari bunga-bunga tanaman mengandungi gula dan kadar air yang tinggi (sekitar 60%), untuk menjadi madu kadar air ini harus diturunkan secara signifikan menjadi sekitar 20-30%.  

Proses penurunan kadar air ini mulai terjadi pada saat lebah menjulurkan lidahnya (proboscis) untuk memindahkan madu sedikit demi sedikit dari dalam perut madu (honey sac) ke sarang lebah.  Di dalam sarang lebah kadar air terus diturunkan lebih lanjut dengan laju penurunan yang lebih tinggi melalui kipasan sayap-sayap lebah yang terus menerus mengawal hawa/suhu hangat di seluruh ruangan dalam sarang lebah.



Proses kimia dari nectar menjadi madu terjadi di dalam perut lebah ketika enzym invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa...

Kursus Lebah Kelulut - Perbincangan dan Soal Jawab